Darween Rozehan Shah

Darween Rozehan Shah

Saturday, August 7, 2010

Nostalgia di perantauan

Bersama dengan nenek HJH NGASRIAH dan my lil brother's
Posing sebelum masuk depature hall

Salam Ukhuwwah kepada semua....

Alhamdulillah, kita rafa'kan kesyukuran kepada Allah Ta'ala kerana di beri peluang untuk menikmati nikmat yang diberikan olehNYA. Semangat meyakinkan diri saya untuk mengupdate blog ini setelah sekian lama tidak di update. Sedar tidak sedar diri ini, sudah hampir 4 tahun aku berada di perantauan, 4 tahun memang boleh dikatakan agak lama, tapi apakah yang telah kita dapat hasil dari kehidupan dan pengajian di sini?? terkedu di fikiran untuk memikirkannya. 
Adakah bahasa Indonesia dan Jawa aku fasih seperti yang diiharapkan??
Adakah kematangan aku sudah sampai ke tahapnya??
Dan lain-lain..
Soalan yang selalu bermain di kepala memang susah untuk mencari jawapan...
Hampir tidak di sedari bahawa pembelajaranku di sini akan memasuki ke fasa yang terakhir bagi menyelesaikan B.Sc Medical Science sebelum melanjutkan 2 tahun lagi untuk menyelesaikan misi terakhir aku iaitu Medical Degree.. fasa 1 telah ku lalui dengan berbagai pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan ku lupakan dan akan memberi semangat untuk meneruskan perjuanganku..


Keluarga tersayang



membe2 pertama ku di SOLO












Hari pertama sebelum ke kuliah

















Di Pusat Islam Universitas Sebelas Maret (UNS SOLO)




















Suatu masa dahulu, hampir 4 tahun dahulu, ramai di antara mereka yang baru jer sampai di bumi asing ini. Masing-masing dihiasi senyuman gembira yang tidak dapat digambarkan oleh perkataan. Namun adakah senyuman itu masih mekar menguntum sehingga hari ini? Tiada siapa yang mampu menjawabnya. 

Kenangan yang menghibakan hari aku arini, teringat zaman-zaman masih setahun jagung bak kata orang. :) baru ingin mengorak langkah ke dalam kehidupan yang lebih mencabar, dan kini pelbagai onak dan duri telah diharungi, ada yang berjaya mengharunginya walaupun mengalami luka parah di dalam perjalanan. Yang pasti, setiap dari mereka telah berada di arah yang berlainan, di laluan yang berlainan, dengan satu matlamat untuk meneruskan langkah ke alam yang lebih mencabar.Semoga semuanya berjaya dalam apa jua yang dikerjakan… Terasa rindu untuk bersama seperti dahulukala.

Masak-masak Chef Naza in action
Buka puasa di Pizza Hut Solo Grad Mall
Berbuka puasa bersama2 student2 malaysia
BBQ untuk berbuka puasa

Gotong royong BBQ for berbuke



No comments:

Post a Comment